Kalian kan sudah dipulihkan
Akidah kalian kan sudah dimurnikan
Melalui kursus entah berapa kali dilakukan
Oleh tokoh-tokoh rasmi
Kalian pun rasa puas hati
Konon kebenaran telah ditemui di dalam pemulihan aqidah itu
Tapi aku hairan, pelik dan ajaib
Akidah sudah murni boleh cuai sembahyang
Dahulu sembahyang jemaah jadi tradisi
Sekarang jarang-jarang sekali
Dahulu di awal waktu sekarang tidak menentu
Dahulu lemah lembut sekarang keras hati dan kasar sekali
Marah-marah sahaja dengan anak-anak isteri
Dahulu anak-anak dijaga dengan rapi kini kurang dipeduli
Dahulu serban jadi mahkota
Sekarang kopiah sahaja
Mungkin ingin bergondol sahaja tapi takut orang kata
Kini orang ramai terkejut
Anak-anak kalian telah melakukan berbagai-bagai jenayah
Rokok, dadah, telah menjadi sunnah
Berpacaran tanpa malu-malu di hadapan ramai
Mencuri telah mula dilakukan sebagai amalan
Bergaduh bercerai-berai
Saya dengar katanya ada yang berzina
Moga-moga itu adalah fitnah
Tuntut-menuntut di mahkamah syariah
Berebut harta bukan kepunyaan kalian
Nampak sangat gila dunia
Inikah semuanya hasil pemulihan?
Inikah yang dikatakan satu kejayaan?
Apakah ini yang hendak disembahkan kepada Tuhan?
Inikah amal soleh dan taqwa bekal ke sana?
Padahal orang yang dikatakan belum pulih tidak macam kalian
Mereka tetap dengan pendiriannya
Alhamdulillah, mereka nampaknya Allah selamatkan
oleh : Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi